Thursday 23 June 2016

MENAGKAP DAJJAL WAKTU DHUHA?

asalamualaikum,

Hari tu kitaorg ada pergi popular,sebab nak beli al quran terjemahan untuk aku .Dah lama dah aku nak ,tapi sekarang kan rumah dekat chendor (dekat dekat ngn kemaman) .Dekat kemaman pulak ,kedai buku x der kedai buku best ,aku pun x tahu kenape kedai buku kat kemaman nie semua bosan bosan dan x banyak pilihan .


So nak tak nak terpaksa tunggu papa free ,gaji masuk ,tapi gaji tempat keje papa sekarang cukup cukup makan but alhamdulilah ada jugak daripada aku duduk rumah ape pun x masyuk.

kitaorg pergi lah popular ,beli quran terjemahan rm 48 nama quran tu humairah,hehehe sedap nama dia.Lepas tu pusing pusing lah dalam tu,aku kan sejenis manusia yang suka tgk buku ,dan kalau aku sedih ,sters ke ,aku suka ajak mama pergi kedai buku, walaupun x beli ape ape just tgk mood aku akan kembali happay.

so pusing pusing nampak satu buku nie nama dia MENANGKAP DAJJAL WAKTU DHUHA ,PEGARANG DIA HAMKA KERETA MAYAT 

adoi hamka tu dah ok yang g tambah kereta mayat tu kenape gerun mak nak


SINOPSIS (AKU AMBIK DARI BLOG HAMKA KERETA MAYAT)

Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Keretamayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapai oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaanya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah  dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.


Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha…


Aku nak beli tapi gaji papa kan cukup cukup.aku pun telan air pastu letak balik dalam hati ko tunggu aku datang balik ok ,ada rezeki aku beli ko eh.

aku tgk harga rm 30 jer tapi aku x sampai hati .
takpe aku dah cakap bulan satu nie aku nak g pulak
mintak mintak buku tu ada

No comments:

Post a Comment