Tuesday 28 February 2017

SEAFOOD MURAH AND SEGAR BUGAR

ASALAMUALAIKUM




Lama dah weh tak makan seafood sepuas hati and dapat yang besar besar macam nie.But finaly dapat jugak beli sebab jumpe yang elok di harga berpatutan...


asal mintak tolong papa beli je sah cakap tak segar and mahal terlajak...hari tu ada jugak papa beli udang tapi tak puas makan hahaha ,tapi bersyukur lah weh.


dua tiga hari lepas mama beli le sotong 4 ketul tu pun harga telan air liur tapi boleh lah buat lepas anak tekak...mama buat ketupat sotong sedap tapi sila makan seketul jelah ...



tup tup semalam ikut mama pergi ambik ubat mama dekat hospital ,seronok nak ambik ubat just drive thru je jadi sila feling feling pergi mcd ,tapi mcd dapat burger nie dapat ubat daaa....

senang kan x payah nak cari paking tunggu lama hospital semua tu nie just lalu and tunjuk card and ambik ubat....

dah ambik ubat perut lapar kami pun g belakang hospital ada kedai nasi lauk ikan keli or ayam ,sambal belacan dia memang sedap weh...

dah alang alang beli nasi ,mama tanya org kedai tu,,nape kedai tu ramai org ,,,sekali org tu cakap seafood and sayur dia segar and murah,,,laju je mama pergi dan pulang dengan happy nye..

ye sayur dan seafood dia masih segar walaupun jam 12 tengah hari ,,,kedai dia macam kedai runcit...alah korang g je belakang hopital kemaman,jalan terus,and nampak ayam goreng fahmy or nasi bajet ke haaa area situ lah....]



byak nie mama beli semua sekali rm 40,,lalu beliau tidak sabar nak tunggu kakak balik katanya sebab seafood kat situ segar bugar and kakak adalah spesis aku suka seafood walaupun hakikat nya kami alegerik ,,,tapi pedulik hape gatal tu semua,aku ok lagi dia kadang sampai berdarah tangan dia,,,elok le tu aku adalah masalah kaki ko tangan sehati sejiwa betul....


dan malam semalam beliau selamat dia masak jadi ketupat sotong nyum nyum.....

tapi makan bende nie tangan kene comot baru puas hati gitu

Sunday 26 February 2017

sekolah kebangsaan vs sekolah pendidikan khas


ASALAMUALAIKUM

 Hari nie meh aku cerita pasal beza sekolah khas dan sekolah biasa memandang kan aku takde idea nie tapi nak jugak tulis or mungkin boleh jadi guide buat mak ayah yang berkira kira nak hantar anak dia sekolah khas or sk biasa.

DINGATKAN INI SEMUA BERDASARKAN PEGALAMAN AKU SENDIRI 

1.PEMBELAJARAN


Mula mula tak silap aku ,aku masuk sekolah pendidikan khas mase umur 4 or 5 tahun,orang lain beria mak ayah tunggu masa first day tapi aku suruh mama balik yelah dah rasa besar giler sebab dah sekolah and malu lah kan nenek ,kakak,mama lagi semua ada jadi aku suruh diorg balik.

Yang aku belajar masa sekolah khas ialah lipat baju,mewarna,melukis,menyanyi ..boring ko tak payah tanye hari hari hadap bende  sama ,sampai aku sampai je kantin van sekolah hantar mesti dia tanya belajar apa? jawapan aku tak silap menyanyi ,melukis ,lipat baju,mewarna....

end up masa 5 or 6 tukar sekolah tadika al husna(tak silap lah nama tadika macam tu) serius seronok gile belajar bende baru ABC mengeja ada homework ada buku banyak...megikut kata mama masa sekolah khas aku x pandai ABC  pun tapi  masuk jee tadika al husna baru aku pandai ABC .

seronok jugak ada unifrom warna purple lagi  sebab sekolah khas aku takde pon unifrom sedih -___-' .


2.PERSEKITARAN

bukan niat nak buruk buruk kan tapi nie berdasarkan pegalaman aku ye ,

persekitaran sekolah khas agak kurang selesa yelah banyangkan ko adalah budak 5 tahun tapi kawan kawan ko ada yang 20 lebih ,ada yang ganas ,ada yang baik ,ada yang kecik ada besar errr,,,paling aku takut ada seorng budak perempuan nie dia hyperaktiv kalau dia rasa dia nak megamuk dia megamuk kalau rasa nak telajang dia telajang je lah ,,,,kalau tak silap cikgu pernah x nak ambik dia dah tapi kesian jugak dekat dia mak dia kerje so takde org boleh jaga dia...

paling aku baik dekat sana alang dia lelaki ,i thik masa tu dia 20 kot dia separuh terbaring gitu tapi aku suka bercakap ngn dia sebab baik huhuhu...,


kalau tadika biasa aku bahagia je,rasa selamat,takde orang nak megamuk,bersih je semua bende,,dapat belajar solat,tadika tu colourfull lagi ...

btw masa darjah 1 mama degn papa gatal tangan lagi nak masuk kan kelas pendidikan khas dekat smk balok makmur tapi sekejap je and ada org datang buat lawatan dia cakap dia sesuai sekolah biasa sebab otak dia takde masalah pun...

oh pegalaman masa kelas khas darjah satu pun sama menyanyi melukis mewarna tgk cd hahahahaha...tapi persekitaran aman takde yang megamuk takde yang tak tentu hala semua umur sama je.....'

end up aku masuk ke sekolah kebangsaan balok , and dah abis smk pelabuhan dah pun...



so pada aku andai kata anak korang oku fizikal sahaja ,better masukan dekat sekolah biasa ...

btw masa aku behenti cikgu mimi(pendidikan khas) ada call bgtau jangan lah behenti nanti kami nak adakan kelas menjahit!!!

sampai sekarang aku hairan kenapa asal oku je menjahit asal menjahit je oku...

Monday 20 February 2017

MALU BEB

 ASALAMUALAIKUM

SERIUS MALU GILER HARI NIE,,, sebab kan aku terwasap bende sama pada orang yang sama 2 kali ok 2 kali!

waaaaaaaa help.

Friday 17 February 2017

meggie siam ,

ASALAMUALAIKUM

aku nie sebenar nya tengah tunggu asma ,ada kerja nak buat tapi dia ada masalah kejap,aku pun dah tersenguk-senguk mengantuk nie ,so meh lah aku tulis blog bagi hilang mengantuk sat..

baru baru nie tok bah tak sihat so papa balik lah kb naik bas ,sebab tayar kereta tak ok,kang kalau balik naik kete ,kami yang tersandai tepi jalan so papa balik sorang jelah.

tapi mama pesan dekat papa suruh beli serunding sebab serunding dekat sini tak sesedap yang dekat sana ,pastu suruh beli meggie siam.

kami asal nye pun tak tahu meggie siam apa tapi kakak bie bieha aku nie hari tu dia cuti sem ,budak nie kalau cuti sem takde makne kenal erti DUDUK DIAM mesti nak berniaga cari duit.

so cuti sem baru nie ,dia jual kerabu meggie and dia beli meggie siam 2 kotak 1 kotak rm 25, eh ye ke rm 25? masa dia beli entah lupa lah pulak,pastu mama suruh order lagi 1 kotak dah jadi rm 30 sekotak!!!

so alang alang papa balik suruh lah dia beli kat sana just rm18 or 19 gitu jauh kan beza dia


haa tulah meggie siam ,atau meggie thailand serda,sedap .

di sebab kan papa malas kot nak bawak balik sekali dengan kotak dia letak semua meggie tu dalam beg baju dia ,apa apa je lah asal ada.

tu ha siap dimasak ,

megiie nie pedas giler aku ras lagi pedas dari ramen challenge tu ,korang kalau buat nie pasti kan yang buat kering tau bagi lah berkuah sikit baru x pedas sangat.



nie pulak serunding daging papa beli sedap,x kering sangat just lembap lembap gituw, 

paling best ambik serunding gaul dengan mayonies,(pasti kan byk mayonis dari seruding) letak dalam roti,letak cheasee sikit and then bakar .

terbaik ...

takpun gaul dengan nasi kosong panas panas,,err lapaarrrrrrrr

ok lah see you again

Wednesday 15 February 2017

THANKS KOLEJ KOMUNITI KULIM

asalamualaikum,

haa meh sini nak cite pukul satu tak di aku mohon kolej komuniti dekat laman web dia ,free pun free x payah beli nom pin hahahaha .
korang seacrh je dekat pakcik gooogle kolej komuniti nanti keluar lah.

nak di jadikan cerita ,tgh lepak tgk tv pukul 3 takdi kolej komuniti kulim call cakap aku dapat offer study sana .

Reaksi aku confrim lah teruja kan ,terketar ketar tangan but aku masih waras untuk bertanya,

me:ada kemudahan oku x?
dia:saya mintak maaf tapi takde,try awak mintak kk yang dekat dgn awak tinggal nanti senang awak ulang alik.

me:oh ye ke nanti saya cuba .

dia :mintak maaf sangat

aku:takpe takpe .

perasaan aku ,ermm dah biasa weh kene rejet atas alasan sama so aku tak rasa apa apa dah,nak buat macam mana kan,kalau x jadi orang kedah dah aku haha.

maybe aku kene g study luar negara kot baru ada kemudahan mybe ?

BTW AKU SUKA CARA DIA TERUS TERANG 

Monday 13 February 2017

CIRI CIRI YANG PATUT ADA DALAM SESEBUAH NOVEL!

asalamualaikum





Menjadi seorang penulis yang hebat bukan lah mudah .

Aku sendiri nie haa tulis blog ,bukan senang nak cari bahan ,nak tulis dalam bahasa yang mudah di fahami dan nak buat lawak dalam penceritaan kita.

Nie aku nak bgtau penulis novel ,apa sepatutnya ada dalam sesebuah novel menurut pendapat aku.

1.Seorang penulis kene kretif,kene banyak idea ,kalau boleh biar cerita yang anda tulis biar lain dari lain ,takde lah sama dengan orang lain,ini aku tgk kalau novel a pasal CEO  novel b,c,d.e pun nak pasal  CEO  ,kalau buat pasal CEO tapi jaln berbeza takpe lah nie sama je.

2 .Seorang penulis jugak bagi aku perlu ILMU bukan main tangkap muat je ,contoh lah kan ko nak jadi penulis novel pasal seorang  hacker but the same time ko tak tahu pun pasal hack hack komputer nie semua so ko balun je taip masuk dalam cite ko dengan pengetahuan ko pasal komputer just 2% je .

bila buat macam tu pembaca akan dapat info salah and takde mafaat lah bg pembaca kan.Tapi mesti ada yang cakap novel kot dah nama pun fiksyen nak pegetahuan baca lah buku ilmiah kan.

meh aku nak bgtau ,bila ko buat cerita fiksyen tapi ada ilmu di situ automatik pembaca akan cakap wahh penulis nie banyak ilmu dia,dia nie mesti suka mengkaji kan.And bila orang tgk je nama penulis novel tu ko orang akan nak beli sebab orang tahu novel ko fiksyen tapi bukan KOSONG semata -mata ada ISI.

3.Gaya ayat pun kene memukau and puitis ,contoh paling senang aku beri contoh ayat 'LEBIH BAIK TERSILAP AMPUN DARI TERSILAP HUKUM (DARI NOVEL KARYA RAM).kan sedap tu ayat dia ,and kalau gaya penulisan korang best orang akan nak lagi baca novel korang sebab ketagih dgn ayat ayat yang best dalam novel korang.


4.Jalan cerita tu bg lah susah di teka ,bermain lah dengan minda pembaca ,nak nak bg peminat novel mistik i very sure diorg suka jalan cerita yang susah nak teka kan ?.Lagi susah nak teka lagi kami suka .



akhir kata ,aku hanya penulis blog tapi aku suka baca novel 
ampun dan maaf kalau anda tidak bersetuju dengan pendapat saya.

hangout bertiga je


HYE .

Baru baru nie cuti CNY member member aku yang study adalah dapat cuti dalam 1 minggu ,yang kerja aku x berapa sure diorg cuti berapa lama ,yang penting aku cuti setahun lebih sudah hahahhaaha.

so bila start cuti aku tanya dalam group 'JOM LEPAK KFC NAK? " tapi  malang nya nadia je balas itu pon 'aku x dak duit lah weh' nasib dia balas kalau x krik krik aku dalam group tu.

selang beberapa hari ila dengan asma wasap aku,'nisa jom jumpe nak ?" aku on ja,plan plan punya plan tiba tiba asma wasap cakap 'weh sempat ke jumpe esok ila balik keyyel esok weh'. Aku balas 'takpe ada rezeki sempat jumpa ,'.
and kejap tu dia wasap balik 'ila balik sabtu lah maknenye sempat esok nie '.

so kami bertiga aku,asma,ila plan jumpe pukul 3 petang dekat kfc balok.Nadia x dapat join sebab sakit mata,aisyah kerja so kami p bertiga jelah.asal dapat lepas rindu hahahaha.

sebelum pergi tu around pukul 12 tengah hari, aku call ila x dapat call asma takde dalam talian terus -_-".

aku dah dup dap dup overthinking macam mana kalau dah sampai tetiba diorang x jadi waa mati lah and macam macam lagi lah.

pastu diorg wasap kata jadi fuh lega ,err diorang memang sedia mak long peragai overthing and gelabah aku.


masyaallah aku punya senyum megerikan
sampai tu ila tanya 'mak ayah mu mana tak join sekali ke' aku jawab "biar lah depa p dating asyik bercekau jaa hahaha'



hahaha aku pun x paham motif aku kembungkan pipi yang sedia kembung tu.




kitaorg cerita pasal kerja asma ,pasal ila punya pratikal.chit chat punya chit chat tgk jam 4 :30 aku cakap weh aku gerak lu r nak tgk ghost.

aku call papa ,papa ambik pastu mama g beli kfc semua bgai papa say 'kawan kawan semua kuruh mu je terlebih sihat'
ceh .

'nape balik awal sangat'soal mama, 'nak tgk ghost mama' jwb ku jujur,lalu aku kene ceramah 'laah ghost tu ulang boleh tgk kwan kawan bukan selalu jumpe '.

sudah nye mama pesan lain kali kalau pergi jumpe jgn kejap kejap g lah lama sebab jarang jarang je ,cite ada ulangan .

baik mama baik menurut perintah.


aku paling suka gambar nie sebab aku nampak slim


btw kfc punya burger keju cendawan tu sedap cengini haaa.

kita org jumpe masyitah tak tahu pastu kantoi dia kata dia majuk nak terjun ,,kitaorg cakp terjun je le hahaha kejam tak sekali sekala tapi alhamdulilah beliau tak jadi terjun dalam lopak air...

next time kita lepak maary brown ok kalau dah siap.

LAZADA :MY NEW SLING BEG

ASALAMUALAIKUM

aku nie dari  dulu lagi minat sangat sling beg sebab kecik comel macam aku gitu cuma beza kami berdua ialah aku besar  sling beg kecik haaa gituw.

so baru baru nie kan mama belikan nenek hand beg baru yang kecik cumil tu ,,,lepas dari mama beli beg nenek hari tu ,maka aku pun teringin gila gila nak beli sling beg jugak.

memandangkan aku memang x de beg ,nak g jalan pun aku letak barang dalam beg mama ,so aku decide untuk beli lah ,mama pun dah bagi izin  so apa lagi lets shoping.

aku seacrh dekat one mall tapi takde yang berkenaan,ada lawa sikit pun yang macam mama beli dekat nenek tapi tak mau lah sama,

so aku g cari dekat lazada berejam scroll down akhirnye ada lah dua bijik yang memikat hati ,nampak x  berejam pilih dua je masuk dalam short list ish ish teruk nau...padahal byk je yang ok lagi tapi ekonomi merundum so kene jimat lah ye abg kakak sekalian.




nie salah satu nya, yang satu lagi tu x jumpe lah pulak..tapi dia ada macam gambar kepala katak and tanduk sikit,bila perasan ada tanduk terus x jadi yelah macam syaiton pulak ,,dah lah syaiton yang ada kiri kan belakang depan pun selalu hasut aku nie nak tambah syaiton dekat beg pulak aah x payah.

maka nye aku pun pilih beg butterfly tu,dah settle bayar semua ,kita tunggu lah nanti pandai pandai lah dia sampai.

tapi lazada dah cakap awal awal lambat sikit sampai sebab dari luar negara .so aku tunggu dengan kesabaran.


akhirnye sampai jugak,tapi x besar mana lah tapi muat lah 1 ketul telefon kecik,1 ketul telefon besar,1 ketul beg duit .

tapi dah harga murah ,ko kene berhalus lah sikit kang putus pulak tali dia kalau ganas ganas.

papa cakap lawa sebab color and corak dia lembut ...

yang syok nye shoping lazada nie x byk kerenah ,dan kalau rosak ke x sama ke ada masalah or apa apa jelah boleh tuntut ganti rugi.

cara bayar pun senang je 3 minit siap or lagi cepat...

sekarang nie lazada tgh offer gila gila ,tapi bukak beg duit ada kupu kupu mati je jadi tutup mata je lah ,nanti beg duit kembung kita shoping lagiii.

Saturday 11 February 2017

BROWNIES SEDAP MELETOP KEBABOM

ASALAMUALAIKUM

lama aku tak update kan sebab nya aku takde idea haa kering kontang idea dalam otak aku nie haaa.

so baru baru  nie mama ada beli brownies ,orang yang jual brownies tu duduk kuantan you all ,tapi kebetulan dia ada urusan dekat sk geliga ,so dia cod lah dekat rumah aku nie selalu.

rezeki namanya tu,


haa terliur x terliur x ,,ada 3 toping , hazelnut,cheeese ,and chocolate .

bagi aku yang paling sedap is hazelnut and chocolate.
cheese kureng siket.

sekejap je dah langsai semua di atas tu


mengoda betul,dah lah aku makan dah abis baru nak up dekat blog and then terliur sendiri.


aku cakap dekat mama nanti birtday aku 29,9 nanti nak brownis nie sebagai cake,

pastu mama cakap 

'dah ko nak suruh dia hantar jauh jauh demi mu sorang memang x r'

huh sadis,,

mama cakap yang buat nie budak laki..

i like what,laki buat brownies sesedap ini kalah aku beb,meggi boleh lah aku masak sedap
nak suruh aku aku buat brownies sesedap nie aku menagis tepi bucu meja dulu lah,


chocolate dia pergh setiap gigitan tu dipenuhi chocolate ,yang menari nari dalam mulut aku nie haaa.


Thursday 2 February 2017

ANGAH DAPAT KERJA ;)


Deringan telefon memecah suasana sunyi .'ahh sapa pulak yang call subuh subuh nie ",bentak hati ku seraya terbangun dari mimpi aneh akibat derigan telefon milik mama berbunyi.

'hello' itu perkatan yang keluar dari mulut mama ketika mengankat telefon tersebut sekali gus menghentikan bunyi bingit di pagi hari.

'hello ciksu tolong ','tolong ciksu tolong ',kenapa pulak angah mintak tolong nie,kebetulan mama pasang loud speaker so aku pun dgr lah.

'ce bawa bertenang,apa dah jadi nie',balas mama cube tenangkan angah yang aku dgr suare dia macam nak nagis pun ada,"motor rosak atas jambatan chendor nie ,tolong lah '.Lah motor rosak ingat kene rompak ke ape bikin suspen lah ko angah.

mama pun bengkas bgn mandi dan pergi hantar angah ,lalu berkeseorangan lah aku,memandangkan papa pun pergi kerja yelah dah pukul 7 heheheh.

so aku tunggu mama balik pukul 8 x balik lagi ,pukul 9 pun x nampak batang hidung "mama nie pergi angah kerje ke pergi kerja sekali dengan angah "degus hatiku.

akhirnye 9 lebih mama balik, tapi aku masih lagi di dalam bilik komputer malas nak jenguk lagi pun dia hantar angah je bukan g shopping mall.

lantas ada suara 'nisaaaaaaaaa ambik gambar nie cepat',gambar apa pulak ?,ahh g tgk lah kejap.

yeah mama bawak balik someting



yeah dapat hamper ,sebab angah sebenarnye kerja dekat shell batu 2 baru bukak ,and angah pun cakap kat dia kalau tunggu isi minyak dapat hamper,

dia pun tunggu lah,mama cakap ada byk sangat makanan kat sana sebab first day bukak ,tapi dia nak makan byk malu -__________-'.
pastu tanya kul 10 nak ikut ambik angah x ,aku cakap tak nak ,nak tgk ghost.

mesti pelik asal nak balik kul 10 am padahal kul 6 x di baru g kan sebenarnye shif dia 6 am-10 am pastu balik ,sampung pulak 3 pm-11 pm . haa gitu ada shif.




jom cek ada apa dalam hamper

air cheeers ,kami abis kan cepat 2 sebab papa x suka air jenama cheers ,dia suka FN je.

 biskut biskut i like biskut

yeaaaaaaaaaaaaaah biskut lagi aku suka biskut

nie sedap tapi manis overdos sikit mentang mentah let it go ko nak suruh kaki ambe le it go jugak eh frozen 😜😜.


yang nie sedap ,aku ingat selama nie x sedap sebab macam makana org daiet tapi rasa dia rasa nak joget joget.


nie nasi lemak mama ambik satu dari shell bawak balik untuk aku rasa dia sedap best best i like .

to angah ;TANIAH BEB DAPAT KERJA NANTI BELAJA AKU KFC BYK BYK ,MACAM MANA PUN JANGAN PANDANG RENDAH KAT KERJA SENDIRI ,

PS:BOS DIA MUDA GILER KAGUM AKU MACAM MANA BOLEH ADA ADA SHELL AND BUSNES LAIN DALAM USIA MUDA GITU RASA NAK G TUNTUT ILMU JAP,

BOS AMBIK SAYA KERJA ACI?POKET SEMAKIN NIPIS NIE

Wednesday 1 February 2017

LOW CONFIDENT LEVEL


Mama suka sangat baca blog hanis zalikha and gues what aku sekali sekala je baca blog hanis tu ,tapi mama memang follow blog dia dari hanis zalikha abis sekolah lagi.

mama pernah cakap yang hanis zalikha nie lepas je abis spm pastu travel sorang sorang pergi luar negara .

and i like whattttt travel alone ,betul betul tinggi confident level dia. aku betul betul kagum dengan org yang confident level tinggi .serius aku bg tabik spring.

aku punya confident level rendah sampai tahap  kalau aku komen kat page fb mana mana and mama jumpe and then dia di baca aku akan delete komen aku tu !

ye aku sangat 2 pemalu ,sampai masa kecik dulu eh x kecik sangat about 8-10 bila org tanye nama aku diam ,dah makan aku balas angguk geleng .tanye lah ape ape aku akan angguk geleng sampai pernah sorang makcik ask my ibu DIA BISU KE?

aku punya level penakut tu bayangkan lah,and ingat lagi masa school aku x kan jawab soalan dekat depan, x akan,walaupun aku boleh tulis atas kertas and suruh member g salin jawapan aku kan depan neverrr ok never.

and korang tahu kan aku tersangat sangat lemah dalam subjek math ,kalau aku xpahm aku akan dia tanye kawan sebab takut sangat cikgu tahu aku nie x berape cerdik,tapi form 5 nie alhamdulilah cikgu macam friendly sikit walaupun garang.

ye kalau cikgu ajar kat depan and aku x paham aku x kan tanye,aku akan balik rumah baru papa ajar tu pun tgk lah kalau aku rajin :(

papa selalu pesan jangan malu kalau malu habuk pun x dapat
mama pun pesan kita kene jadi berani
kakak cakap ko takut bende bukan org nak makan mu pun.

iam to shy and aku takut aku buat salah dan semua org mentertawakan aku entah aku terlalu takut....

to adik adik yang lain please r jangan jadi pemalu penakut macam aku ko x kan dapat apa pun .

AKHIRNYA AKU TERJEBAK DENGAN K DRAMA !


deringan telefon berbunyi mengejutkan penghuni rumah yang sedang enak di buai mimpi.
Dalam keadaan sedar dan juga tidak ,tangan nya terus mencapai ke arah bunyi tersebut .

'hello' itu lah yang di sebut mama ,aku yang di sebelah mama turut memasang teliga siapakah geragan yang menelefon di kesunyian subuh ini?

'heloo ciksu motor mati dekat jambatan chendor ,dah lah hari nie first day kerja "balas suara tersebut ,ahh dari nada suara dan bait bait ayat yang keluar dari mulut nya cukup buat aku tahu pemilik suara itu ANGAH!